Thursday, November 02, 2006

Buffet Ramadan Photo

foto majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Perangsang Templer Golf Club tempoh hari. Just ni jerla yang join majlis berbuka puasa. kebanyakannya menarik diri di saat-saat akhir. anyways.. thanks kepada yang hadir.


...ni lah dia gambo mamai ngan ina yang latest. dah berapa lama tak jumpa. time mcm ni jerlah kalau nak jumpa ngan muka korang semua.


muka ni plak dah familiar. bleh katakan tiap2 ari jumpa.


sedap tau mencekik kat sini. korang tak join rugi. macam-macam ada...


ni pun muka familiar jugak. joeril ngan wife..

Free coordinate calculator using Microimages TNTlite

Free coordinate calculator using Microimages TNTlite (http://www.microimages.com/tntlite/). For Malaysia, support for RSO West, Borneo RSO , All State Cassini, WGS and more

Thursday, October 12, 2006

Cayalah Anak Malaysia...

JOHOR BAHRU 11 Okt. – Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumkan nama negara dan mencatatkan sejarah sebagai pelajar Malaysia pertama meraih anugerah tesis terbaik ketika menuntut di sebuah universiti di Belanda baru-baru ini.

Muhammad Zulkarnain Abd. Rahman, 27, graduan kursus sarjana itu meraih Anugerah Klaas-Jan Beek 2006 melalui tesisnya yang bertajuk Pembangunan Model Permukaan Digital dan Simulasi Bencana Banjir Untuk Pelan Pembangunan di Bandar Naga, Filipina.

Dengan kejayaan tersebut, pensyarah kelahiran Muar itu membawa pulang wang tunai Euro 1,000 (RM4,600), sijil penghargaan serta percutian ke Amsterdam dengan kesemua perbelanjaan ditanggung oleh International Institute for Geoinformation Science and Earth Observation (ITC), Belanda.

Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Enschede, Belanda pada
28 September lalu.

Muhammad Zulkarnain yang mengkhususkan pengajian sarjananya dalam Kajian Bencana Alam ketika ditemui di sini berkata, beliau berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi anugerah tersebut.

“Saya berharap dengan kejayaan ini, saya dapat membantu UTM mencapai matlamatnya menjadi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa menjelang 2010,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Zulkarnain yang kini bertugas di Jabatan Penderiaan Jarak Jauh, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi UTM berkata, tesis sarjana tersebut dihasilkan selepas beliau mengikuti projek kajian ITC mengenai pengurusan risiko dan pihak berkuasa tempatan di Naga, Filipina.

“Saya telah mengemukakan dua komponen utama dalam mengatasi masalah banjir itu dengan membangunkan model permukaan digital di kawasan tersebut serta kajian terhadap perubahan karakteristik yang berlaku sekiranya kawasan tersebut dilanda bencana banjir,” katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik.

Beliau memberitahu, model dalam bentuk 1D dan 2D itu dihasilkan menerusi perisian Sobek dan ia dapat menunjukkan pelbagai maklumat termasuk ketinggian banjir, kederasan air dan tempoh sesuatu bencana banjir itu berlaku serta akibatnya di kawasan sekitar.

PS: Prof Mazlan pasti bangga giler punyo.. Ermmm.. aku pun tengah pikir nak buat master kat mana skrg ni. Korang rasa university mana yg kat dunia ni belum ada budak Malaysia. ehehhe. One more thing, duit euro 1000 tu takkan makan sorang kot.

Wednesday, October 04, 2006

Gathering Berbuka Puasa 2006

Saya,penyimpang muhung besaq raja-raja spade,lekuk,hati dan kelawaq dengan ini mengistiharkan bahawa majlis berbuka puasa x-sgs bagi musim 1427 hijrah jatuh pada

Tempat: Perangsang Templer Golf Club

Masa: 14 oktober 2006 bersamaan ?? Ramadhan 1427 hijrah

Harga: RM 28.00++ (sedia la RM 33.00) untuk dewasa dan RM 15.00++ (sedia RM 17.50) untuk kanak2 umoq 7 - 12 tahun

Aktiviti lain: Ada surau untuk solat maghrib,isya' dan juga terawikh. Then sambil berbuka akan disajikan dengan muzik. Lagi,ada bowling alley,snuker,kids pool,kids playroom,serta karaoke room(kalo xsalah aku) untuk rekreasi selepas buka puasa. Ini sendiri bayaq laaa.

Bg respond cepat. Hubungi shajoeril1@yahoo.com, selebets@gmail.com atau qamarun1@yahoo.com utk pertanyaan lanjut..

List yang dah kompom nak join...

1. joeril & wife
2. selebets ngan bini & anaks2
3. seroll & isteri
4. pero
5. puteri nurlina & ridzwan
6. kak yah & husband
7. haila
8. diana (nett)
9. ?

Location map:

Friday, September 22, 2006

Selamat Menyambut Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Sebulan:
نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala”

Lafaz Niat Puasa Seharian.
نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ
“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala

Finally.. buat sahabat beragama Islam.. اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَارَكَاتُهُ seiring akan datangnya Ramadhan, ku maafkan kesalahan sahabat, kawan serta taulan...dan diriku jua mohon kemaafan di atas segala kesalahan dan ketelanjuran diri

Friday, September 01, 2006

Jemputan Majlis Perkahwinan Kumar

Satu lagi course-mate aku nak kawin.. Tahniah kumar.
So, aku nak sampaikan message dari kumar. Kemungkinan ada yang tak terima lagi email.. calling.. sms.. dan yang sewaktu dgnnya. Almaklum jerlah, mesti bz giler si mamat yoga ni.. Messagenya berbunyi mcm ni...
------------------------------
Dear all,

I am getting married on 10th September 2006, Sunday morning 10.00am at Nilai Murugan Temple, Negeri Sembilan. Follow with dinner on same day at Sri Sedang MPSJ Hall.
Please have a look attachment for more detail.
Hope to see you there.
Thank you.

Regards,
Kumar

-----------------------------

Kepada sesiapa yang paham baca tulisan tamil, baca jemputan kat bawah ni ekk..


Yang ni plak versi english. Tapi naper mcm pendek jer, tak sama mcm yang versi tamil punya..


Kepada sesiapa yang berkesempatan nak tengok Kumar punya wedding bleh la pegi kat sana berpandukan map dibawah...


Yang map ni jer yang paling aku berkenan. Tak taula kenapa ekk.. mungkin sebab senang nak paham sikit kot.. hehehe.. jgn mare kumar ekk..

Monday, July 17, 2006

Berkelah di Ulu Yam



9 Julai 2006 yang lepas kami telah membuat aktiviti berkelah yang bertempat di Ulu Yam. Sambutannya mmg cukup menggalakkan. Sepanjang tempat perkelahan dipenuhi orang (bukan geng resenal la.. hehehe). Kitorang sampai tempat perkelahan bih kurang pukul 12.00 tgh ari. Pastu mandi-manda-mandu sampai kul 4.00 ptg kalau tak silap... Secara keseluruhannya tempat tu ok. Sesuai utk yg ada anak kecik sebab tak dalam sgt. Mana mak bapak yang tak pandai berenang tu bleh la bwk anak ke tempat ini..

... sebelum mandi gi melantak dulu sampai abis bekalan yang dibawa. muka pun semua dah toye kekenyangan.

... model iklan sabun tengah beraksi. sesiapa yang berminat nak mengambilnya sebagai model iklan bleh la contact.





... dah nak balik. ari pon dah petang. jumpa lagi di lokasi yang lain insyaallah...

Monday, July 03, 2006

Photo Pernikahan Kak Yah



Fuyyo cayalah.. siap engage professional photographer tu. Aku ingatkan tadi si mamat potographer tu yang jadi husband kak yah. Eh..eh.. apa plak yang nak ditangkap oleh husbullah tu... Jgn lompat tinggi-tinggi nanti terseliuh..

Kalau korang nak tengok gambo2 yang lain gi ler kat http://munzir-fauzi.fotopages.com/

Monday, May 29, 2006

Jemputan ke Majlis Kesyukuran Seroll (Nasrul Ikhwan)




Kepada yang belum mengenali Saudara Nasrul Ikhwan ni boleh la tengok gambar beliau bersama pasangannya pada foto pertama topik Thursday, September 15, 2005. Akhirnya temetrai jugak tali perikatan perkahwinan. Semoga dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki..

Aku takleh datang la seroll, aku doakan jerla ko selamat pegi dah balik. Naik keta ati2 bro.. Almaklumjerlah darah manis..

Message dari Nasrul "Kawan2 semua dijemput hadir ke kenduri kesyukuran sempena perkahwinan aku pada hari jumaat, 2hb june 2006 bertempat di KB kelantan. Moga Dengan kehadiran korang dpt memeriahkan dan mengeratkan persahabatan antara kita sume. Sorry sbb contact no takde, TQ. Klau tersesat call aku kat no nie 0193693884. Klau tak sempat 2hb dtg je pd 3hb, aku panaskan lauk smlm utk korang, no hal. Hehe"

Rgds.
nasrul

Tuesday, May 23, 2006

Jemputan ke Majlis Walimatul'urus Kak Yah (Wan Qamariyah Wan Ibrahim)

Almaklumlah.. cuti sekolah dah nak bermula. Biasalah adat orang Melayu. Time macam nilah yang paling sesuai untuk mengadakan majlis-majlis keramaian seperti walimatul'urus, berkhatan, nikah sorang lagi.. opss.. tersyasyul la plak. Ahaks..

Kat sini, kak yah nak menjemput seme adik2, rakan2 & kenalan ke majlis kesyukuran perkahwinan k.yah yg i/Allah akn diadakn pd 3/6 (Sabtu) di Lot 692, Kg. Limau Purut, Rantau Panjang, Kelantan. Kepada sesapa yg berkesempatan & sudi dtg sama2 memeriahkn majlis itu, k.yah ucapkn bebyk tima kasih...sblm lupa, nk bgtau jgk le..kt kawasan umah k.yah tu payah nk dpt line hp. Kalu tersesat @ apa, tepon umah k.yah ye 09-7953340.





assalamu'alaikum & salam ceria semua :-).

Friday, April 14, 2006

Berhujung Minggu di Bukit Belacan

Pada 9.04.06 bersamaan hari Ahad yang lepas kami telah membuat aktiviti berkelah di Hutan Rimba Ampang yang ditaja oleh poket sendiri. Apa aku nak cerita kat korang semua haa.. takder idea la. Korang pandai-pandai la tengok gambao-gambo yang kitorang upload ni. Aktiviti-aktiviti yang telah berjaya dijalankan adalah menyelam sambil minum air, acara menegakkan batu, makan paling banyak, berenang gaya lemas dan byk lagi ler..