Thursday, October 12, 2006

Cayalah Anak Malaysia...

JOHOR BAHRU 11 Okt. – Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengharumkan nama negara dan mencatatkan sejarah sebagai pelajar Malaysia pertama meraih anugerah tesis terbaik ketika menuntut di sebuah universiti di Belanda baru-baru ini.

Muhammad Zulkarnain Abd. Rahman, 27, graduan kursus sarjana itu meraih Anugerah Klaas-Jan Beek 2006 melalui tesisnya yang bertajuk Pembangunan Model Permukaan Digital dan Simulasi Bencana Banjir Untuk Pelan Pembangunan di Bandar Naga, Filipina.

Dengan kejayaan tersebut, pensyarah kelahiran Muar itu membawa pulang wang tunai Euro 1,000 (RM4,600), sijil penghargaan serta percutian ke Amsterdam dengan kesemua perbelanjaan ditanggung oleh International Institute for Geoinformation Science and Earth Observation (ITC), Belanda.

Majlis penyampaian anugerah tersebut berlangsung di Enschede, Belanda pada
28 September lalu.

Muhammad Zulkarnain yang mengkhususkan pengajian sarjananya dalam Kajian Bencana Alam ketika ditemui di sini berkata, beliau berbangga kerana menjadi rakyat Malaysia pertama memenangi anugerah tersebut.

“Saya berharap dengan kejayaan ini, saya dapat membantu UTM mencapai matlamatnya menjadi sebuah universiti yang bertaraf antarabangsa menjelang 2010,” katanya di sini hari ini.

Muhammad Zulkarnain yang kini bertugas di Jabatan Penderiaan Jarak Jauh, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi UTM berkata, tesis sarjana tersebut dihasilkan selepas beliau mengikuti projek kajian ITC mengenai pengurusan risiko dan pihak berkuasa tempatan di Naga, Filipina.

“Saya telah mengemukakan dua komponen utama dalam mengatasi masalah banjir itu dengan membangunkan model permukaan digital di kawasan tersebut serta kajian terhadap perubahan karakteristik yang berlaku sekiranya kawasan tersebut dilanda bencana banjir,” katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik.

Beliau memberitahu, model dalam bentuk 1D dan 2D itu dihasilkan menerusi perisian Sobek dan ia dapat menunjukkan pelbagai maklumat termasuk ketinggian banjir, kederasan air dan tempoh sesuatu bencana banjir itu berlaku serta akibatnya di kawasan sekitar.

PS: Prof Mazlan pasti bangga giler punyo.. Ermmm.. aku pun tengah pikir nak buat master kat mana skrg ni. Korang rasa university mana yg kat dunia ni belum ada budak Malaysia. ehehhe. One more thing, duit euro 1000 tu takkan makan sorang kot.

Wednesday, October 04, 2006

Gathering Berbuka Puasa 2006

Saya,penyimpang muhung besaq raja-raja spade,lekuk,hati dan kelawaq dengan ini mengistiharkan bahawa majlis berbuka puasa x-sgs bagi musim 1427 hijrah jatuh pada

Tempat: Perangsang Templer Golf Club

Masa: 14 oktober 2006 bersamaan ?? Ramadhan 1427 hijrah

Harga: RM 28.00++ (sedia la RM 33.00) untuk dewasa dan RM 15.00++ (sedia RM 17.50) untuk kanak2 umoq 7 - 12 tahun

Aktiviti lain: Ada surau untuk solat maghrib,isya' dan juga terawikh. Then sambil berbuka akan disajikan dengan muzik. Lagi,ada bowling alley,snuker,kids pool,kids playroom,serta karaoke room(kalo xsalah aku) untuk rekreasi selepas buka puasa. Ini sendiri bayaq laaa.

Bg respond cepat. Hubungi shajoeril1@yahoo.com, selebets@gmail.com atau qamarun1@yahoo.com utk pertanyaan lanjut..

List yang dah kompom nak join...

1. joeril & wife
2. selebets ngan bini & anaks2
3. seroll & isteri
4. pero
5. puteri nurlina & ridzwan
6. kak yah & husband
7. haila
8. diana (nett)
9. ?

Location map: